pexels-khairi-harry-4007642

Kepentingan Perancangan

SIRI PERANCANGAN KEWANGAN – Bahagian 2

  • Bacaan 3-minit

Kita semua melakukan perancangan dalam kehidupan kita. Sebagai contohnya, penyenaraian ringkas tugasan harian kita adalah satu tindakan merancang.

Walaubagaimanapun, apabila ianya datang kepada perancangan kewangan, kita mungkin berasa ianya ibarat kerja yang sangat susah dan kita sering kali memilih untuk tidak melakukannya. Mungkin, ada kekurangan dari segi pengetahuan dan pemahaman tentang cara melakukannya. Disamping itu, orang lain mungkin berpendapat bahawa perancangan kewangan adalah hanya untuk mereka yang mempunyai sumber kewangan untuk bermula. Manakala ada sesetengah yang berpendapat ianya bukanlah satu keperluan kerana mereka tengah sibuk dengan kehidupan mereka.

Mengapa kita harus merancang?

Ibarat sebuah peta atau pelan tindakan, sebuah pelan membolehkan anda menggambarkan di mana anda berada sekarang, di mana anda ingin berada atau apa yang anda ingin capai pada masa hadapan (boleh terjadi dalam beberapa minggu, bulan atau tahun akan datang), dan apa anda harus lakukan untuk sampai ke titik terakhir itu.

Perancangan adalah perkara yang penting dalam perjalanan kehidupan seseorang – termasuk perjalanan pelaburan. Sebuah pelan memberi anda gambaran yang lebih jelas tentang matlamat yang anda ingin mencapai. Jika sepanjang perjalanan anda kehilangan matlamat anda, pelan anda akan memastikan bahawa anda berada di jalan yang betul kerana ia berfungsi sebagai peta yang akan membawa anda kepada harta karun anda. Pelan tersebut akan membantu anda untuk memahami sebab utama anda memulakan pelaburan tersebut sejak awal, di mana anda ingin menggunakan pelaburan ini dan bagaimana anda ingin menggunakannya.

Perancangan adalah cara anda mencari jalan anda ke matlamat akhir anda. Ia memberi anda gambaran penuh tentang cara anda boleh pergi dari satu titik ke titik lain, pilihan anda yang lain dan perkara yang perlu anda bawa semasa anda meneruskan perjalanan anda.

Jika dilihat dari segi konsep, perancangan itu sendiri adalah senang dan mudah. Sebagai contohnya, sebelum anda pergi ke tempat yang belum pernah anda kunjungi, anda akan mengetahui cara untuk sampai ke sana, laluan mana yang akan membawa anda ke sana dengan cepat dan paling menjimatkan kos, dan pukul berapa anda harus bertolak ke sana. Sebaik sahaja anda telah memutuskan semua ini, maka apa yang tinggal adalah pelaksanaan rancangan itu – jadi anda pergi ke sana mengikut laluan, cara pengangkutan dan masa yang anda telah pilih.

Perancangan hanya menjadi rumit apabila terdapat halangan di sepanjang jalan atau apabila sebahagian daripada rancangan tersebut tidak mampu untuk dilaksanakan. Bagi mengelak sekatan beginilah, kita memilih untuk merancang.

Semasa perancangan, anda juga boleh menyenaraikan atau sekurang-kurangnya membiasakan diri dengan laluan dan penyelesaian alternatif. Ingat bahawa rancangan bukan sahaja sentiasa Pelan A – tetapi juga perlu ada Pelan B dan Pelan C dan seterusnya.

Sebagai contohnya, apabila kita memasak menurut resipi hidangan, anda dapat melihat apakah bahan-bahan yang anda sudah ada dan bahan-bahan yang perlu dibeli. Jika atas sebab tertentu, sesuatu bahan sukar diperoleh, anda boleh menilainya dengan segera sama ada ia boleh digantikan dengan bahan lain atau tidak dan sama ada anda boleh menyiapkan hidangan tersebut tanpa bahan itu. Dengan resipi sebagai pelan anda, anda tidak perlu membuang banyak masa, usaha dan wang untuk meneka langkah yang seterusnya.

Dengan ini, anda sudah mempunyai pemahaman yang lebih jelas tentang sebab-sebab perancangan merupakan aspek yang penting dalam perjalanan pelaburan anda, kami kini akan menyenaraikan langkah yang boleh anda ikuti untuk memulakan perancangan kewangan anda dalam bahagian seterusnya dalam siri perancangan kewangan ini.

You can check the first part of our Financial Planning Series, “Financial Habits in Malaysia and Around the World”, here.

You can also watch the first video of our Financial Planning Series here.

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *