pexels-ryutaro-tsukata-5472306

Tabiat Kewangan di Malaysia dan di Seluruh Dunia

SIRI PERANCANGAN KEWANGAN – Bahagian 1

  • Bacaan 3-minit

Pada tahun 2020, sebuah tinjauan yang dilaksanakan oleh platform kecelikan kewangan, Multiply menunjukkan bahawa 70% rakyat Malaysia memerlukan sokongan kecelikan kewangan. Belanjawan dan penjimatan adalah isu yang paling ketara rakyat Malaysia memerlukan bantuan.

Satu lagi tinjauan yang dijalankan oleh Ringgit Plus pada 2021 menunjukkan bahawa 50% rakyat Malaysia tidak boleh bertahan lebih daripada 3 bulan dengan wang simpanan mereka. Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa hanya 15% rakyat Malaysia percaya bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah cukup untuk baki tahun persaraan mereka. Daripada mereka yang percaya KWSP mereka tidak akan mencukupi, 45% daripadanya belum mula merancang untuk persaraan mereka.

Di seluruh dunia, kecelikan kewangan menjadi isu utama juga. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh OECD pada tahun 2020 merentasi 26 negara dari Asia, Eropah dan Amerika Latin, hanya 26% daripada orang dewasa yang ditinjau dapat menjawab soalan mengenai faedah mudah dan kompaun dengan betul.

Kini, apabila pandemik Covid-19 sedang berterusan, lebih ramai orang kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji. Pada masa sebegini. kecelikan kewangan diletakkan di barisan hadapan dan keperluan untuk mempelajari perancangan kewangan telah ditekankan.

Kadar kecelikan kewangan yang rendah di peringkat global walaupun pelbagai usaha dilaksanakan oleh organisasi swasta antarabangsa dan badan amal untuk meningkatkan kadar kecelikan kewangan global menjadikannya sebagai satu ironi. Beberapa negara seperti United Kingdom menerapkan bidang kecelikan kewangan ke dalam program pendidikan awal mereka. Terdapat beberapa usaha di Amerika Syarikat untuk menjadikan pengurusan kewangan peribadi sebagai sebahagian daripada kurikulum pendidikan awal, menambah baik perancangan mitigasi dan persaraan. Sesetengah institusi kewangan, firma fintech atau perisian komputer, penasihat kewangan, malah sesetengah individu persendirian sedang membangunkan platform, aplikasi dan/atau sumber atas talian yang bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang perancangan kewangan. Melalui perkongsian video dan platform dalam media sosial, YouTube sahaja, seseorang boleh menemui kira-kira 388 juta video yang menerangkan tentang perancangan kewangan dan cara melaksanakannya.

Jika anda adalah sebahagian daripada statistik orang yang masih belum mula berfikir tentang masa depan dan kewangan anda, pandangan global pada masa kini seharusnya cukup bermotivasi untuk anda mempertimbangkan perancangan kewangan anda. Walaupun, kita sudah biasa hidup dalam situasi pandemik ini, kita tidak pernah tahu bila hal ini akan berakhir atau jika kita perlu kekal berani menghadapi rintangan lain dalam masa terdekat.Sebagai sebuah syarikat pengurusan pelaburan emas, EION Management bersepakat dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kewangan rakyat. Dalam bahagian seterusnya dalam siri ini, kami akan membimbing anda tentang langkah-langkah dalam perancangan kewangan dan kami akan memberikan anda petua serta alatan yang tersedia dalam talian untuk memudahkan proses ini untuk anda.


  • [1] https://www.theedgemarkets.com/article/creador-70-malaysians-need-financial-literacy-support
  • [2] https://ringgitplus.com/en/blog/wp-content/uploads/2021/10/RinggitPlus-Financial-Literacy-Survey-2021.pdf
  • [3] https://www.ft.com/content/45f075ba-eb9d-4fb1-b5d9-454d435a5e55
  • [4] https://www.ft.com/content/45f075ba-eb9d-4fb1-b5d9-454d435a5e55
Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *