top-12-strategic-tactical-seo-goals-to-consider-this-year-5ec4a56581222-1280x720

Penetapan Matlamat

SIRI PERANCANGAN KEWANGAN – Bahagian 3

  • Bacaan 3-minit

Di dalam bahagian sebelumnya, kita berkongsi tentang kepentingan perancangan. Dalam bahagian ini, kita kini akan membincangkan langkah pertama dalam perancangan kewangan, iaitu menetapkan matlamat anda.

Setiap rancangan bermula dengan sebuah matlamat.

Matlamat adalah apa yang anda rancangkan. Ianya adalah MENGAPA, DIMANA dan APA: Mengapa anda melakukan apa yang anda lakukan? Mengapa anda ingin melabur? Apa yang anda ingin mencapai? Di mana anda melihat diri anda dalam 5 atau 10 tahun akan datang.

Matlamat adalah seperti destinasi yang bertanda X dalam peta anda. Ini adalah perkara yang anda ingin capai pada penghujung perjalanan anda. Sebagai contohnya, matlamat anda setiap pagi adalah untuk sampai ke pejabat anda tepat pada masanya, jadi pejabat anda adalah tanda X anda.

Walaubagaimanapun, apabila merancang, anda tidak boleh meletakkan sebarang matlamat sesuka hati. Ia mestilah merupakan sebuah matlamat ‘S.M.A.R.T’ – ia mestilah Specific, Measurable, Attainable, Realistic/Relevant, dan Time-bound.

Sebagai contoh, apabila anda ingin membeli kereta, anda tidak hanya berkata, “Saya akan membeli kereta”, dan kemudian membeli mana-mana jenama dan model yang anda minati, melainkan anda mempunyai sumber tanpa had untuk membelanjakan wang anda.

Biasanya apabila kita membeli kereta, kita akan tengok dulu jenama dan model yang kita suka. Kita juga akan mengambil kira bajet, dan sedikit sebanyak, justifikasi mengapa kita perlu membeli kereta tersebut.

Andaikan, anda telah pertimbangkan semua perkara, dan anda akhirnya memutuskan untuk membeli kereta. Anda kemudiannya menetapkan matlamat anda seperti yang berikut:

Untuk membeli Perodua Bezza yang berwarna Merah 1.0 Standard G – A/T 2020 dalam masa 2 tahun.

Berbalik kepada ujian ‘S.M.A.R.T’, anda sepatutnya dapat menjawab soalan ini:

  1. Adakah ianya ‘Specific’?

Maklumat tentang kereta seperti warna, jenama, modal dan spesifikasi yang lain seperti tahun dibuat, transmisi dan lain-lain dinyatakan. Garis masa matlamat juga dinyatakan, iaitu 2 tahun.

  • Adakah ianya ‘Measurable’?

Matlamat anda harus mempunyai kebolehan untuk diukur untuk memudahkan anda untuk mengetahui proses kemajuan anda dengan mudah; tentang berapa banyak wang yang anda perlu simpan untuk membeli kereta yang anda ingini dan berapa banyak masa yang diperlukan untuk menjimatkan wang tersebut.

Matlamat ini boleh diukur kerana spesifikasi lain tentang kereta yang anda minati telah dinyatakan, seperti warna, jenis enjin, jenis transmisi dan lain-lain.

  • Adakah ianya ‘Attainable’?

Mengambil kira gaji anda sekarang, matlamat anda bukanlah seperti anda sedang merancang untuk membeli sebuah kapal angkasa dalam masa 2 tahun. Anda sedang berancang untuk membeli kereta di bawah RM 40,000, yang mana anda bercadang untuk membeli selepas 2 tahun menyimpan.

  • Adakah ianya ‘Realistic’ atau ‘Relevant’?

Matlamat ini adalah realistik kerana anda tahu anda mampu membeli kereta ini. Ia juga relevan, terutamanya jika anda bekerja dan tinggal di Malaysia, di mana pemilikan kereta adalah satu keperluan.

  • Is it ‘Time-Bound’?

Matlamat ini adalah sensitif masa. Anda sedang memberi diri anda satu tempoh masa tertentu, iaitu selama 2 tahun untuk membeli kereta tersebut.

Semasa penetapan matlamat untuk rancangan kewangan anda, ada disyorkan untuk mengikuti langkah seperti di atas. Jangan hanya menetapkan matlamat seperti “Untuk mempunyai masa depan yang lebih baik”. Matlamat pelaburan atau kewangan anda berpotensi untuk membayar pinjaman RM20,000 anda dalam masa 3 tahun atau mampu menubuhkan francais teh susu yang bernilai RM100,000 dalam tempoh masa 5 tahun di Queensbay Mall – kuncinya adalah untuk menetapkan matlamat yang terperinci.

Seterusnya, kita akan bercakap tentang cara penilaian keadaan kewangan anda untuk mencapai matlamat anda. Kami akan membincangkan langkah tentang bagaimana anda boleh melakukannya dengan beberapa contoh peralatan yang boleh anda gunakan untuk menjadikan proses ini lebih mudah dan cepat untuk orang yang sibuk seperti anda.

Tags: No tags

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *