finances

Penilaian Keadaan Kewangan Anda

SIRI PERANCANGAN KEWANGAN – Bahagian 4

  • Bacaan 4-minit

Di dalam artikel sebelumnya dalam siri ini, kami telah menerangkan cara anda boleh menetapkan matlamat kewangan atau pelaburan anda. Setelah anda jelas tentang matlamat anda, langkah seterusnya ialah menilai keadaan kewangan anda untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Menilai keadaan kewangan anda adalah sentiasa idea yang baik, terutamanya, jika anda sedang berancang untuk memulakan beberapa perniagaan atau pelaburan teroka anda. Hal ini dapat membantu anda menentukan tahap pencairan aset anda dan jika anda mempunyai wang tunai ganti untuk dibelanjakan. Di sinilah anda perlu menyelaraskan perbelanjaan anda dengan pendapatan anda. Di sini juga, anda dapat menentukan sama ada anda mempunyai aset yang boleh membawa keuntungan pada masa hadapan, sumber pendapatan lain dan liabiliti yang anda tanggung bersama-sama dengan aset dan perniagaan anda. Dengan berbuat demikian, anda akan mempunyai pandangan yang lebih jelas tentang tempat di mana anda boleh berjimat daripada perbelanjaan, dan sama ada anda mampu membayar beban hutang yang anda tanggung semasa anda memperoleh aset anda dan pelaburan atau perniagaan lain.

Untuk mengetahui sama ada keadaan kewangan anda berada dalam tahap kesihatan merah jambu atau tidak, anda boleh mengambil kuiz ini dari Rutgers’ New Jersey Agricultural Experiment Stations (NJAES).

Jika anda mendapat 60 markah ke bawah, sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan perbelanjaan kewangan anda. Anda boleh mengikuti langkah mudah di bawah untuk membuat penilaian kewangan anda.

  • Pertama sekali, tambahkan sumber pendapatan anda – beri perhatian kepada jumlah yang anda bawa pulang setelah cukai dan potongan lain dikeluarkan secara spesifik.
Sumber: Permainan CA$HFLOW atas talian
  • Langkah seterusnya adalah untuk membuat sebuah senarai bagi semua perbelanjaan anda. Senaraikan perbelanjaan bulanan anda. Anda boleh membahagikan ini kepada pembayaran secara bulanan, yang mempunyai kos tetap seperti utiliti dan sewa anda; dan barangan biasa yang kosnya mungkin berubah dari bulan ke bulan seperti makanan, pakaian, hiburan, dan lain-lain.

Kemudian, senaraikan aktiviti atau barang lain yang mungkin anda belanjakan dalam bulan itu seperti malam tayangan filem yang dijadualkan, bahan untuk hobi baharu dan sebagainya.

  • Tolak perbelanjaan anda daripada pendapatan anda. Seboleh-bolehnya, cuba berbelanja tanpa melebihi gaji anda, jika itu adalah sumber pendapatan utama anda. Sumber pendapatan kedua atau pendapatan pasif sepatutnya disimpan untuk tujuan pembinaan portfolio kekayaan anda. Walaubagaimanapun, jumlah sumber pendapatan anda sepatutnya lebih daripada perbelanjaan anda.
  • Senaraikan aset dan/atau perniagaan anda serta liabiliti yang anda tanggung semasa yang anda telah memperoleh aset dan/atau perniagaan ini. Jika aset dan/atau perniagaan anda sedang menjana pendapatan, tambahkan keuntungan bulanan, dividen atau faedah yang anda peroleh kepada pendapatan bulanan anda. Bagi liabiliti pula, pastikan anda menambah pinjaman gadai janji bulanan atau pinjaman yang anda bayar bagi perbelanjaan anda.

Jika anda tahu permainan CA$HFLOW, anda semestinya biasa dengan Penyata Pendapatan yang anda harus isi pada permulaan permainan dan semasa permainan ini. Semasa anda bermain, anda juga perlu mengemas kini penyata kewangan anda dari semasa ke semasa – anda mungkin perlu mendapatkan pinjaman untuk membeli hartanah, menjual saham anda, menambah perbelanjaan anda yang lain seperti tanggungan anak atau pembelian kereta, pinjaman kepada saudara-mara anda, dan lain-lain. Matlamatnya adalah untuk menjadikan pendapatan pasif anda lebih daripada perbelanjaan anda supaya anda dapat keluar dari perlumbaan tikus mencapai impian anda.

Anda boleh mendapatkan penyata kewangan sedemikian dalam talian dengan mudah. ​​Anda juga boleh mengikut format Penyata Kewangan CA$HFLOW. Dengan penggunaan alat sedemikian, anda boleh menjejaki perbelanjaan, pendapatan dan aset anda dengan mudah. ​​Dengan ini, anda akan mengetahui jumlah wang anda boleh keluarkan untuk perbelanjaan atau pelaburan. Dan sekiranya anda memerlukan pinjaman, anda akan dengan mudahnya mengetahui berapa banyak wang tunai yang akan kekal di dalam poket anda selepas bayaran pinjaman bulanan anda.

Dalam bahagian seterusnya, kami akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang pendapatan dan perbelanjaan anda, dan bagaimana anda boleh menyediakan pelan belanjawan anda berdasarkan perkara ini.

top-12-strategic-tactical-seo-goals-to-consider-this-year-5ec4a56581222-1280x720

Penetapan Matlamat

SIRI PERANCANGAN KEWANGAN – Bahagian 3

  • Bacaan 3-minit

Di dalam bahagian sebelumnya, kita berkongsi tentang kepentingan perancangan. Dalam bahagian ini, kita kini akan membincangkan langkah pertama dalam perancangan kewangan, iaitu menetapkan matlamat anda.

Setiap rancangan bermula dengan sebuah matlamat.

Matlamat adalah apa yang anda rancangkan. Ianya adalah MENGAPA, DIMANA dan APA: Mengapa anda melakukan apa yang anda lakukan? Mengapa anda ingin melabur? Apa yang anda ingin mencapai? Di mana anda melihat diri anda dalam 5 atau 10 tahun akan datang.

Matlamat adalah seperti destinasi yang bertanda X dalam peta anda. Ini adalah perkara yang anda ingin capai pada penghujung perjalanan anda. Sebagai contohnya, matlamat anda setiap pagi adalah untuk sampai ke pejabat anda tepat pada masanya, jadi pejabat anda adalah tanda X anda.

Walaubagaimanapun, apabila merancang, anda tidak boleh meletakkan sebarang matlamat sesuka hati. Ia mestilah merupakan sebuah matlamat ‘S.M.A.R.T’ – ia mestilah Specific, Measurable, Attainable, Realistic/Relevant, dan Time-bound.

Sebagai contoh, apabila anda ingin membeli kereta, anda tidak hanya berkata, “Saya akan membeli kereta”, dan kemudian membeli mana-mana jenama dan model yang anda minati, melainkan anda mempunyai sumber tanpa had untuk membelanjakan wang anda.

Biasanya apabila kita membeli kereta, kita akan tengok dulu jenama dan model yang kita suka. Kita juga akan mengambil kira bajet, dan sedikit sebanyak, justifikasi mengapa kita perlu membeli kereta tersebut.

Andaikan, anda telah pertimbangkan semua perkara, dan anda akhirnya memutuskan untuk membeli kereta. Anda kemudiannya menetapkan matlamat anda seperti yang berikut:

Untuk membeli Perodua Bezza yang berwarna Merah 1.0 Standard G – A/T 2020 dalam masa 2 tahun.

Berbalik kepada ujian ‘S.M.A.R.T’, anda sepatutnya dapat menjawab soalan ini:

  1. Adakah ianya ‘Specific’?

Maklumat tentang kereta seperti warna, jenama, modal dan spesifikasi yang lain seperti tahun dibuat, transmisi dan lain-lain dinyatakan. Garis masa matlamat juga dinyatakan, iaitu 2 tahun.

  • Adakah ianya ‘Measurable’?

Matlamat anda harus mempunyai kebolehan untuk diukur untuk memudahkan anda untuk mengetahui proses kemajuan anda dengan mudah; tentang berapa banyak wang yang anda perlu simpan untuk membeli kereta yang anda ingini dan berapa banyak masa yang diperlukan untuk menjimatkan wang tersebut.

Matlamat ini boleh diukur kerana spesifikasi lain tentang kereta yang anda minati telah dinyatakan, seperti warna, jenis enjin, jenis transmisi dan lain-lain.

  • Adakah ianya ‘Attainable’?

Mengambil kira gaji anda sekarang, matlamat anda bukanlah seperti anda sedang merancang untuk membeli sebuah kapal angkasa dalam masa 2 tahun. Anda sedang berancang untuk membeli kereta di bawah RM 40,000, yang mana anda bercadang untuk membeli selepas 2 tahun menyimpan.

  • Adakah ianya ‘Realistic’ atau ‘Relevant’?

Matlamat ini adalah realistik kerana anda tahu anda mampu membeli kereta ini. Ia juga relevan, terutamanya jika anda bekerja dan tinggal di Malaysia, di mana pemilikan kereta adalah satu keperluan.

  • Is it ‘Time-Bound’?

Matlamat ini adalah sensitif masa. Anda sedang memberi diri anda satu tempoh masa tertentu, iaitu selama 2 tahun untuk membeli kereta tersebut.

Semasa penetapan matlamat untuk rancangan kewangan anda, ada disyorkan untuk mengikuti langkah seperti di atas. Jangan hanya menetapkan matlamat seperti “Untuk mempunyai masa depan yang lebih baik”. Matlamat pelaburan atau kewangan anda berpotensi untuk membayar pinjaman RM20,000 anda dalam masa 3 tahun atau mampu menubuhkan francais teh susu yang bernilai RM100,000 dalam tempoh masa 5 tahun di Queensbay Mall – kuncinya adalah untuk menetapkan matlamat yang terperinci.

Seterusnya, kita akan bercakap tentang cara penilaian keadaan kewangan anda untuk mencapai matlamat anda. Kami akan membincangkan langkah tentang bagaimana anda boleh melakukannya dengan beberapa contoh peralatan yang boleh anda gunakan untuk menjadikan proses ini lebih mudah dan cepat untuk orang yang sibuk seperti anda.

pexels-khairi-harry-4007642

Kepentingan Perancangan

SIRI PERANCANGAN KEWANGAN – Bahagian 2

  • Bacaan 3-minit

Kita semua melakukan perancangan dalam kehidupan kita. Sebagai contohnya, penyenaraian ringkas tugasan harian kita adalah satu tindakan merancang.

Walaubagaimanapun, apabila ianya datang kepada perancangan kewangan, kita mungkin berasa ianya ibarat kerja yang sangat susah dan kita sering kali memilih untuk tidak melakukannya. Mungkin, ada kekurangan dari segi pengetahuan dan pemahaman tentang cara melakukannya. Disamping itu, orang lain mungkin berpendapat bahawa perancangan kewangan adalah hanya untuk mereka yang mempunyai sumber kewangan untuk bermula. Manakala ada sesetengah yang berpendapat ianya bukanlah satu keperluan kerana mereka tengah sibuk dengan kehidupan mereka.

Mengapa kita harus merancang?

Ibarat sebuah peta atau pelan tindakan, sebuah pelan membolehkan anda menggambarkan di mana anda berada sekarang, di mana anda ingin berada atau apa yang anda ingin capai pada masa hadapan (boleh terjadi dalam beberapa minggu, bulan atau tahun akan datang), dan apa anda harus lakukan untuk sampai ke titik terakhir itu.

Perancangan adalah perkara yang penting dalam perjalanan kehidupan seseorang – termasuk perjalanan pelaburan. Sebuah pelan memberi anda gambaran yang lebih jelas tentang matlamat yang anda ingin mencapai. Jika sepanjang perjalanan anda kehilangan matlamat anda, pelan anda akan memastikan bahawa anda berada di jalan yang betul kerana ia berfungsi sebagai peta yang akan membawa anda kepada harta karun anda. Pelan tersebut akan membantu anda untuk memahami sebab utama anda memulakan pelaburan tersebut sejak awal, di mana anda ingin menggunakan pelaburan ini dan bagaimana anda ingin menggunakannya.

Perancangan adalah cara anda mencari jalan anda ke matlamat akhir anda. Ia memberi anda gambaran penuh tentang cara anda boleh pergi dari satu titik ke titik lain, pilihan anda yang lain dan perkara yang perlu anda bawa semasa anda meneruskan perjalanan anda.

Jika dilihat dari segi konsep, perancangan itu sendiri adalah senang dan mudah. Sebagai contohnya, sebelum anda pergi ke tempat yang belum pernah anda kunjungi, anda akan mengetahui cara untuk sampai ke sana, laluan mana yang akan membawa anda ke sana dengan cepat dan paling menjimatkan kos, dan pukul berapa anda harus bertolak ke sana. Sebaik sahaja anda telah memutuskan semua ini, maka apa yang tinggal adalah pelaksanaan rancangan itu – jadi anda pergi ke sana mengikut laluan, cara pengangkutan dan masa yang anda telah pilih.

Perancangan hanya menjadi rumit apabila terdapat halangan di sepanjang jalan atau apabila sebahagian daripada rancangan tersebut tidak mampu untuk dilaksanakan. Bagi mengelak sekatan beginilah, kita memilih untuk merancang.

Semasa perancangan, anda juga boleh menyenaraikan atau sekurang-kurangnya membiasakan diri dengan laluan dan penyelesaian alternatif. Ingat bahawa rancangan bukan sahaja sentiasa Pelan A – tetapi juga perlu ada Pelan B dan Pelan C dan seterusnya.

Sebagai contohnya, apabila kita memasak menurut resipi hidangan, anda dapat melihat apakah bahan-bahan yang anda sudah ada dan bahan-bahan yang perlu dibeli. Jika atas sebab tertentu, sesuatu bahan sukar diperoleh, anda boleh menilainya dengan segera sama ada ia boleh digantikan dengan bahan lain atau tidak dan sama ada anda boleh menyiapkan hidangan tersebut tanpa bahan itu. Dengan resipi sebagai pelan anda, anda tidak perlu membuang banyak masa, usaha dan wang untuk meneka langkah yang seterusnya.

Dengan ini, anda sudah mempunyai pemahaman yang lebih jelas tentang sebab-sebab perancangan merupakan aspek yang penting dalam perjalanan pelaburan anda, kami kini akan menyenaraikan langkah yang boleh anda ikuti untuk memulakan perancangan kewangan anda dalam bahagian seterusnya dalam siri perancangan kewangan ini.

You can check the first part of our Financial Planning Series, “Financial Habits in Malaysia and Around the World”, here.

You can also watch the first video of our Financial Planning Series here.

pexels-ryutaro-tsukata-5472306

Tabiat Kewangan di Malaysia dan di Seluruh Dunia

SIRI PERANCANGAN KEWANGAN – Bahagian 1

  • Bacaan 3-minit

Pada tahun 2020, sebuah tinjauan yang dilaksanakan oleh platform kecelikan kewangan, Multiply menunjukkan bahawa 70% rakyat Malaysia memerlukan sokongan kecelikan kewangan. Belanjawan dan penjimatan adalah isu yang paling ketara rakyat Malaysia memerlukan bantuan.

Satu lagi tinjauan yang dijalankan oleh Ringgit Plus pada 2021 menunjukkan bahawa 50% rakyat Malaysia tidak boleh bertahan lebih daripada 3 bulan dengan wang simpanan mereka. Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa hanya 15% rakyat Malaysia percaya bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah cukup untuk baki tahun persaraan mereka. Daripada mereka yang percaya KWSP mereka tidak akan mencukupi, 45% daripadanya belum mula merancang untuk persaraan mereka.

Di seluruh dunia, kecelikan kewangan menjadi isu utama juga. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh OECD pada tahun 2020 merentasi 26 negara dari Asia, Eropah dan Amerika Latin, hanya 26% daripada orang dewasa yang ditinjau dapat menjawab soalan mengenai faedah mudah dan kompaun dengan betul.

Kini, apabila pandemik Covid-19 sedang berterusan, lebih ramai orang kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji. Pada masa sebegini. kecelikan kewangan diletakkan di barisan hadapan dan keperluan untuk mempelajari perancangan kewangan telah ditekankan.

Kadar kecelikan kewangan yang rendah di peringkat global walaupun pelbagai usaha dilaksanakan oleh organisasi swasta antarabangsa dan badan amal untuk meningkatkan kadar kecelikan kewangan global menjadikannya sebagai satu ironi. Beberapa negara seperti United Kingdom menerapkan bidang kecelikan kewangan ke dalam program pendidikan awal mereka. Terdapat beberapa usaha di Amerika Syarikat untuk menjadikan pengurusan kewangan peribadi sebagai sebahagian daripada kurikulum pendidikan awal, menambah baik perancangan mitigasi dan persaraan. Sesetengah institusi kewangan, firma fintech atau perisian komputer, penasihat kewangan, malah sesetengah individu persendirian sedang membangunkan platform, aplikasi dan/atau sumber atas talian yang bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang perancangan kewangan. Melalui perkongsian video dan platform dalam media sosial, YouTube sahaja, seseorang boleh menemui kira-kira 388 juta video yang menerangkan tentang perancangan kewangan dan cara melaksanakannya.

Jika anda adalah sebahagian daripada statistik orang yang masih belum mula berfikir tentang masa depan dan kewangan anda, pandangan global pada masa kini seharusnya cukup bermotivasi untuk anda mempertimbangkan perancangan kewangan anda. Walaupun, kita sudah biasa hidup dalam situasi pandemik ini, kita tidak pernah tahu bila hal ini akan berakhir atau jika kita perlu kekal berani menghadapi rintangan lain dalam masa terdekat.Sebagai sebuah syarikat pengurusan pelaburan emas, EION Management bersepakat dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kewangan rakyat. Dalam bahagian seterusnya dalam siri ini, kami akan membimbing anda tentang langkah-langkah dalam perancangan kewangan dan kami akan memberikan anda petua serta alatan yang tersedia dalam talian untuk memudahkan proses ini untuk anda.


  • [1] https://www.theedgemarkets.com/article/creador-70-malaysians-need-financial-literacy-support
  • [2] https://ringgitplus.com/en/blog/wp-content/uploads/2021/10/RinggitPlus-Financial-Literacy-Survey-2021.pdf
  • [3] https://www.ft.com/content/45f075ba-eb9d-4fb1-b5d9-454d435a5e55
  • [4] https://www.ft.com/content/45f075ba-eb9d-4fb1-b5d9-454d435a5e55